Tuesday, January 24, 2012

GAMBARAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD V, KELANTAN ... BAKAL DI BINA DAN BERTARAF ANTARABANGSA



Ini perspective dari dalam stadium. Tempat duduk akan bewarna merah putih,

 seiring dengan warna negeri Kelantan.

Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. 

Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang 

lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan. 

Corporate booth akan turut dibina agar KAFA dapat terus menjana dana dan 

income sendiri. Sebagai contoh, corporate box bewarna kuning di sebelah 

kanan atas gambar merupakan Royal Box untuk Sultan kita. 

Tempat duduk semua adalah individu (ada nombor tempat duduk) dan 

berbumbung.

Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. 

Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan 

levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna 

pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi 

stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. 

Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas 

shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan insya Allah. 

Lagi satu, stadium dah buat molek, bertaraf antarabangsa jadi penonton pun

 kena bertaraf antarabangsa. Jangan melontarkan objek ke dalam padang. 

Tempat duduk dekat dengan padang dalam stadium baru, Kalau pekong botol 

lagi, parok la wei! Jadi mulai sekarang, penyokong semua mula hentikan 

perbuatan melontarkan objek ok?

Kita akan teruskan usaha dan doa. Insya Allah kita akan jayakan usaha ini 

tak lama lagi. Untuk Kelantan kita! Set kito jange pecoh!


-ADMIN PAGE TSAM-


P/S: PENYOKONG TRW KITO MEME PATUT DOH UBAH PERANGAI LAGI PON XRAMAI YANG XMOLEP... BERAPO KERAT JAH... GOMO KELATE GOMO!

Monday, January 23, 2012

SWANSEA ALAMI KERUGIAN BERAKSI DI EPL


SWANSEA City telah mendedahkan bahawa kenaikan pangkat mereka ke Liga Perdana Inggeris menyumbang kepada kerugian £ 8.2juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mei, 2011.
Swansea menjadi kelab Welsh yang pertama beraksi dalam kancah liga Liga Perdana Inggeris apabila mereka menewaskan Reading di Wembley untuk perebutan tempat terakhir ke Liga Perdana Inggeris.
 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kelab itu berkata, kerugian mencerminkan kos liabiliti yang timbul akibat kenaikan pangkat serta bonus yang diberikan kepada pemain dan pengurusan kelab setelah mereka berjaya mendapat tempat ke liga utama tersebut.


P/S: itulah harga yang perlu dibayar bagi kejayaan....dan kejayaan merentasi rintangan ni akan membuahkan kejayaan demi kejayaan berikutnya... ehem... 4 me... walaupon mengalami kerugian... Swansea membuktikan mereka boleh bersaing dengan team EPL yang sedia ada. Ini terbukti setelah mereka berjaya mengalahkan ARSENAL 3-2 minggu lalu. 

RIZAL HASHIM MOHON AMPUN KEPADA SULTAN KELANTAN



Akhirnya.. setelah bermacam tekanan dan cacian yang diterima oleh RIZAL HASHIM setelah mengkritik kelewatan SULTAN KELANTAN pada perlawanan menentang PKNS di KB... RH tampil memohon maaf melalui blog nya... Isi kandungan permohonan maaf tersebut seperti di bawah...

Terlebih dahulu saya merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan Kelantan dan kaum kerabat Tuanku jika surat terbuka saya bertajuk Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya disalah tafsir hinggakan ada pihak yang menuduh saya derhaka kepada Tuanku Sultan.

Saya sedikitpun tidak berniat menujukan perenggan itu kepada Tuanku Sultan. Selain menghormati institusi diraja, saya ada kenangan manis dengan Tuanku. Saya bersama tiga lagi sahabat secara peribadi terserempak dan bersalam dengan Tuanku Sultan yang ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, di Hotel Grand Makkah ketika sama-sama menunaikan umrah pada bulan puasa, Oktober 2007.

Sebelum pembaca blog ini melontarkan kata-kata nista, mencaci dan mengugut saya, saya ingin mengajak semua berbincang dengan lapang dada dan minda terbuka tanpa perlu menghasut mana-mana golongan berhubung komentar saya mengenai sepak mula pertemuan Liga Super di antara Kelantan dan Selangor PKNS yang lewat selama 33 minit, 13 Januari lalu.

Impak daripada sepak mula di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dijadual 8.45 malam tetapi bermula jam 9.18 malam, cukup besar.

Antaranya

1. Pemain terdedah kepada kecederaan sesudah melakukan warm-up

2. Soal airtime. Perlawanan itu disiar secara langsung menerusi saluran berbayar Astro Arena dan tamat pada jam 11.15 malam. Sebenarnya tiada stesen televisyen, sama ada berbayar atau percuma (free-to-air seperti RTM dan TV3, TV9) yang gemar berdepan situasi ini kerana ia membabitkan kos airtime dan rancangan seterusnya. Isunya bukan saya menulis kerana saya ada program di Astro Arena, saya tetap tulis kalau perlawanan disiarkan di RTM...menyatakan fakta bukan satu kesalahan. Setiap pemimpin sukan harus faham isu airtime sebagai satu komponen penting dalam industri sukan. Jika perlawanan antarabangsa, tentu sekali hos penyiar akan diberi ganti rugi mengikut nilai airtime. Ini antara tuntutan dunia profesional.

3. Kelewatan ini menyebabkan sesetengah media cetak arus perdana tidak sempat menyelitkan laporan untuk edisi pertama.

4. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan kemungkinan dikenakan tindakan. Ini berdasarkan pengalaman saya yang kurang arif ini. Pernah menjadi pegawai media selama dua bulan di Wisma FAM, mengurus tuntutan media untuk dua perlawanan besar - Malaysia lawan Chelsea di Stadium Shah Alam dan final Piala Malaysia 2008. Sebelum menyertai FAM, pernah menjadi pegawai media Piala Antara Benua di Stadium Petaling Jaya dan Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Mei 2008, ketika Safee Sali menjaringkan tiga gol menarik sepanjang kejohanan. Kita tidak boleh lari daripada protokol pengelolaan perlawanan, sebab itu semua pegawai maklum ada apa yang digelar sebagai OTP...pengelolaan perlawanan mengikut Organisasi Teknikal Perlawanan.

Ini sekadar hujah yang simplistic dan tidak intelektual daripada saya...

Bersambung...


Itulah ulasan RH... Untuk membaca lebih detail boleh direct ke blog beliau http://rizalhashim.blogspot.com/


P/S: ini kali kedua beliau mohon maaf berkaitan dengan pasukan KELANTAN.... Di harap tidak ada lagi isu yang beliau cetuskan untuk permohonan maaf kali ketiga nanti... 

Sunday, January 22, 2012

ARSENAL KENA BAHAM LAGI - Arsenal 1 Manchester United 2



FULL TIME

ARSENAL 1 (RVP)  MANCHESTER UNITED 2 (Valencia, Welbeck)


KEMENANGAN YANG DI TUNGGU!!! Sekali lagi United berjaya tumbangkan Arsenal.. Kali ni lebih manis buat united dan pahit untuk Arsenal kerana bermain di EMIRATES.... United membuka jaringan menerusi tandukan ANTONIO VALENCIA hasil cross dari RYAN GIGGS sebelum rehat separuh masa pertama.... Bermula separuh masa kedua Arsenal Garang melancarkan serangan bertali arus... hasil nya... feveret player Arsenal.. Van Persie Berjaya menyamakan kedudukan....

United memperoleh goal kemenangan menerusi one two yang cantik dari VALENCIA dan PARK JI SUNG yang kemudiannya di rembat kencang menembusi gawang oleh WELBECK....

Dengan kemenangan tersebut United masih ketinggalan 3 mata dibelakang City.... Yang menewaskan Spurs 3-2 pada perlawanan sebelumnya.


P/S: 4 me ANTONIO VALENCIA man of the match!






Saturday, January 21, 2012

JANGAN CAKAP PENYOKONG KELANTAN SAHAJA GANAS!





Tanggal 21.01.2012.... Perlawanan Liga Super Antara Negeri Sembilan Vs Felda United menimbulkan kekecohan apabila penjaga Gol Felda Hamsani di baling dengan air oleh penyokong Negeri Sembilan.... Ini di katakan berpunca dari provokasi Hamsani sendiri terhadap penyokong Negeri Sembilan.... Benar atau tidak Wallahualam...


Ape yang nak di highlight kan disini ialah bagaimana FAM akan ambil tindakan terhadap N9 dan FELDA? Seperti yang kita tahu musim2 liga super yang lepas Kelantan merupakan negeri yang paling Banyak di denda oleh FAM akibat dari "keganasan' penyokong dan pergaduhan. Tapi adakah bila melibatkan negeri lain FAM akan berdiam diri tanpa apa2 tindakan? adakah dua negeri tersebut di beri DISKAUN dari segi denda? dan yang paling teruk lagi adakah isu ini akan TERKUBUR begitu sahaja? Kerana MEDIA sendiri terutama TV1 hanya nak tak nak menyiarkan tentang pergaduhan ini. Tapi bila melibatkan pasukan KELANTAN kalau boleh MEDIA nak buat "MAKAN 40 hari" secara berturut. This is not FAIR!



P/S: AMBO SENDIRI PERNAH G TGK FELDA VS KELATE DI STADIUM SELAYANG... HAMSANI AGAH TAHAP CIPAN DAN PROVOK PENYOKONG KELATE TAPI SEK KITO KALOH MASO TU XDOP POM GANAS MACE DALE VIDEO TUH.. RASO NK POK PALO!  

PUNCA SEBENAR KEMATIAN IZWAN PILUS



Agak terkejot bila mendapat tahu punca sebenar kematian Izwan Pilus adalah berpunca dari
 KENCING TIKUS

Lebih kurang sama dengan arwah DIN BERAMBOI....

Jadi di minta semua rakyat Malaysia berhati-hati, antara punca boleh terkena ialah melalui minuman dalam TIN... ini kerana risiko minuman tersebut boleh terdedah terkena kencing tikus semasa dalam stor simpanan.



Untuk lebih lanjut mengenai penyakit ini: 

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.


Tanda dan Gejala 

Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal

1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

boleh membawa maut sekiranya kritikal!!


Rawatan 


Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan 


Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit

P/S: Jangan pandang remeh terhadap pengambilan makanan anda... terutama di warung2 yang tidak memuaskan dari segi kebersihan. 


BERBATOV KEKAL DI OLD TRAFFORD - ejen Berbatov (Emile Danchev)




Jika dalam post terdahulu saya ada menyatakan Berbatov bakal berpindah.. Ini merupakan berita terbaru yang dilaporkan semalam... Ejen Berbatov (Emile Danchev) sendiri menegaskan 'penyerang United itu tak akan berpindah untuk perpindahan Januari ini'....

Sir Alex Ferguson juga menyatakan akan melihat balik dan menunda klausa yang ada dalam kontrak Berbatov supaya membolehkan penyerang antarabangsa Bulgaria itu bersama united untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Sebelum ini khabar angin mengatakan Bayern Munich dan Bayern Leverkusen berminat membida Berbatov.


P/S : 4 me.. its good news! Berbatov masih lagi berupaya menjaringkan gol buat United! 


Friday, January 20, 2012

KELANTAN AKHIRI BADI DI STADIUM DARUL AMAN



ALHAMDULILLAH..... Syukur kepada Allah s..w.t... Kelantan menang lagi!!! Kali ni lebih gah dengan jaringan 3-0... Jaringan pemain import GHADDAR, penyerang terbilang negara NORSHAHRUL (MATYO) dan seorang lagi pemain import muda kelantan ANTWI....

Pemain Import Kelantan membuktikan mereka boleh menjaringkan gol.... kerana sebelum ini desas desus mengatakan seorang pemain import bakal di gugurkan... Harap mereka berdua akan dikekalkan.

Kelantan sekarang menerajui liga walau hanya untuk sehari jika T-Team menang esok mereka akan kembali ke takhta liga. (beza jaringan)

Seperti yang kita tahu setelah sekian lama kelantan tidak memenangi perlawanan apabila bertandang ke KEDAH. Akhir nya pada tanggal 20.01.2012 terlerai sudah badi dengan jaringan 3-0.

Ini link highlight perlawanan tersebut:



P/S: MATYO terus menyumbang gol untuk kelantan... Semoga terus konsisten... :)

Al-Fatihah - Izwan Pilus Selamat Kembali ke Rahmatullah



Off Topic sekejap.... Izwan Pilus telah meninggal dunia akibat jangkitan pernafasan. Beliau telah pergi buat selamanya tepat jam 6.15ptg td.. (20.1.2012) tkejot juga mendapat tahu berita ini... Sumber dari Zahid AF.... Semoga Roh nya Di cucuri rahmat...  
sedikit info mengenai penyanyi lagu kembali senyum itu dan juga merupakan abg kepada ARIL AF....

NAMA: Khairil Izwan Pilus
PANGGILAN: Izwan atau Kutek
TARIKH LAHIR: 24 November 1979
TEMPAT LAHIR: Hospital Universiti, Kuala Lumpur
BINTANG: Sagitarius
TINGGI: 174 sm
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik
HOBI: Membaca dan aktiviti lasak
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
MUZIK: Pop, R&B, Irama Malaysia, balada dan alternatif rock
PENCAPAIAN: Finalis Bintang RTM (2004), Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan Finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.


P/S : Ajal maut tidak mengenal usia.... Takziah kepada keluarga arwah. sama2 kita sedekah kan Al-Fatihah. 

Thursday, January 19, 2012

RIZAL HASHIM KRITIK SULTAN KELANTAN?



BAGI SESIAPA YANG BELUM MEMBACA BLOG nya...

(Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-

degar 

mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan 

membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam 

semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-

undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan?

Dengar khabar pula Annuar dan KAFA dipulau media di Kelantan. Kasihan 

kawan-kawan media di Kota Bharu. Khabarnya mereka diberi layanan acuh tidak 

acuh. Mereka sekadar "happy" buat liputan Peter Butler dan skuad TRW saja)


Berikut merupakan kritikan rizal hashim dalam blognya:


Dia bkn sahaja mengkritik pasal perlawanan kelantan melawan pkns tapi banyak lagi... pasal benda lain xkisah sangat la.. ni sampai melibat kan AL-SULTAN. Di sebabkan kata2 beliau juga menyebabkan tertubuhnya fanpage KAMI ANTI RIZAL HASHIM di FB.


Menurut presiden KAFA TAN SRI ANNUAR MUSA di status FB nya:

Rizalhashim dlm blognya mengkritik saya tentang kelewatan sepakmula kel vs pkns kerana menunggu keberangkatan tiba DYMM AL SULTAN..bg saya keberangkatan DYMM SULTAN ADALAH SATU PENGHORMATAN AMAT TINGGI..ALSULTAN ADALAH TIMBALAN YG DIPERTUAN AGONG..SAYA BANGGA DGN SULTAN SAYA..DYMM ALSULTAN BYK BERI DORONGAN KPD SAYA DAN KAFA.MALAH DYMM PERKENAN USAHA KAFA BINA STADIUM DI KB DAN DYTM TG MAHKOTA MENAUNGI ARMY DAN KAFA..KELEWATAN ITU WALAU ADA NEGATIVENYA NAMUN KEBERANGKATAN TUANKU LEBIH BESAR DAN BERERTI BUAT BOLASEPAK..HIDUP BIAR BERADAT..ALSULTAN RAJA KITA!!

Kalau ada yg salah atas kelewatan sepakmula ADALAH SALAH SAYA kerana TUANKU tidak titahkan supaya dilambatkan..namun saya diberitau TUANKU mau solat dulu..MAKA ANTARA ALSULTAN,SOLAT DAN PROTOKOL BOLA,yg mana nak didulukan?SAYA MEMILIH UTK MENGHORMATI SULTAN SAYA DAN SOLATNYA..lagi pun kalau ALSULTAN boleh memberi penghormatan pd bola dgn mencemar duli tanpa PROTOKOL(yg jarang di buat mana2 sultan)TAK BOLEHKAH PENGANJUR BOLA BERI PENGHORMATAN PD SULTAN???

-TAN SRI ANNUAR MUSA 20.1.2012-

P/S:  Bagi ambo... dio tanyo pakai undang2 mano... jawabnya undang2 akhirat! kerana solat itu jauh lbey baik d awal waktu dari mulakan perlawanan on time.. ke guane? 








5 Pemain Kelantan Terpilih


FAM telah mengumumkan senarai 26 pelatih yang terpilih untuk menjalani latihan bersama Skuad Kebangsaan bagi perlawanan menentang Arab Saudi & Filipina. Latihan/pemilihan di wisma fam dari 29/1/12 hingga 3/2/12.

KED: Baddrol,Amar
PRK: Nasril
SEL: Bunyamin,Safiq,Asra
N9: Farizal,Shahurain,Mahathevan,Kunalan
Ganu: Hadi Yahya, Manaf,Mazlizam,Ashaari, Faizal Muhammad
KEL: Matyo,Subra,Syazwan Yusuf,Aziz, Shakir
ATM: Aidil,Zaquan,Amiridzwan Taj, Venice Delphi, Azmi Muslim
PKNS: Mohd Fauzan Dzulkifli.


P/S: 5 pemain kelantan terpilih... gomo kelate gomo! :)

Tuesday, January 17, 2012

KELANTAN MENANG 2-1 mengatasi JOHOR FC


Alhamdulillah... Kelantan berjaya mengalahkan Johor FC 2-1...

Perlawanan sebentar tadi boleh di katakan Kelantan menguasai permainan tapi jentera serangan gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang... Jaringan pasukan Kelantan oleh pemain sensasi Mat yo dan IndraPutra.... 

Lain2 keputusan Liga Super 17 Januari 2012:

::: Felda United || 1 - 0 || Selangor

::: Lions || 2 - 1 || Kuala Lumpur

::: Sarawak || 0 - 1 || Terengganu

::: T.Team || 0 - 0 || Sabah

::: Perak || 2 - 1 || Negeri Sembilan

::: PKNS || 0 - 0 || Kedah

::: Kelantan || 2 - 1 || Johor FC



Selepas perlawanan tadi hanya T-team satu2 nya pasukan yang belum bolos.

Manakala Kelantan dan T-team pasukan yang belum KALAH selepas 3 perlawanan. 



P/S: Photo credit to J PHOTOGRAPHY... :) GKG!

TRW news: Butler harap Pihak Pengurusan Dan Penyokong Faham




Jurulatih Kelantan Peter Butler mahu Pihak Pengurusan dan Penyokong Kelantan faham bahawa terlalu awal untuk menilai prestasi sebenar Kelantan dalam 3 perlawanan yang lalu.

Tewas 1 - 2 dalam Sumbangsih 2012 di tangan Negeri Sembilan, menang 2 - 1 ke atas Lions XII dan seri 1 1 dengan kelab dari Selangor iaitu PKNS tidak memberi gambaran bahawa Jurulatih Peter Butler sudah gagal membimbing skuad Cik Siti Wan Kembang itu.

Namun pihak pengurusan Kelantan menegaskan bahawa mereka mahukan Pemain Kelantan menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam perlawanan menentang Johor FC pada Selasa ini ( 17 Januari 2012 ) sambil mengharapkan kemenangan yang pertama dapat diraih di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Tidak mahu kesilapan memandang rendah pihak lawan berulang seperti perlawanan ketika menentang pasukan PKNS tempohari, Kelantan dijangka akan turun dengan kesebelasan utama dengan kemungkinan Khairul Fahmi Che Mat kembali memikul tugas selaku Penjaga Gol selepas disisihkan ketika perlawanan menentang PKNS kerana masalah kecederaan.

Di Barisan Pertahanan, Daudsu dan Aziz masing masing diberi tanggungjawab sebagai pertahanan kanan dan kiri manakala pertahanan tengah berlaku sedikit perubahan dengan kembalinya pertahanan kental Azizi Matt Rose yang bakal berganding dengan Farisham Ismail.

Sayap kanan dan kiri kemungkinan diisi semula oleh Norfarhan Muhammad dan Indraputra Mahyuddin dan jentera tengah pula sudah pasti diisi oleh Shakir Shaari dan Kapten Pasukan Badhri Mohd Radzi.

Di barisan serangan kemungkinan Mohammed Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha akan bergandingan semula selepas gandingan Matyo dan Antwi pada perlawanan menentang PKNS dilihat kurang menjadi.Ghaddar dan Matyo harus mengambil segala peluang yang terhidang untuk merobek gawang gol Johor FC yang dikawal bekas penjaga gol Harimau Muda A iaitu Zamir Bin Selamat.

Jangan lupa untuk ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu untuk menyaksikan perlawanan diantara Kelantan dan Johor FC pada 17 Januari 2012 jam 8.40 malam.



P/S: Sumber KelantanFA.com... :) Gomo kelate gomo!

Monday, January 16, 2012

Eden Hazard Pilih United?





Siapa Eden Hazard? sejak akhir2 ni sering di kaitkan dengan United... Eden Hazard merupakan pemain antarabangsa Belgium. Lahir pada 7 Januari 1991 (21 tahun). Bermain sebagai attacking midfielder... Kelab sekarang Lille, France. 



Untuk lebih detail boleh layari website rasmi Eden http://www.edenhazard.es..


Juga menjadi buruan Arsenal, Chelsea dan Man city... Sumber yang boleh di percayai menyatakan Eden lebih berminat ke United dari pasukan EPL yang lain.... Ini merupakan berita gembira bagi peminat United... 


nak tgk skill dan goal pemain ini? klik disini
 http://www.youtube.com/watch?v=Zai4r5dU9kQ




P/S: best kalau dapat tgk youngster Tom Cleverly bergandingan dgn Eden Hazard... :)

Sunday, January 15, 2012

Kami akan menjadi Juara Liga - Patrice Evra


Patrice Evra yakin United akan menjadi juara liga musim ini apabila semua pemain yang dalam senarai kecederaan sembuh sepenuhnya. 

Evra berkata kepada MUTV... "semua akan kembali dengan kecergasan yang baik, kami masih ada beberapa pemain yang masih cedera dan di harap mereka semua kembali pulih secepat mungkin untuk bagi kami kekuatan untuk mempertahankan kejuarann liga".

Evra juga menegaskan united tidak perlu bercakap pasal jiran tetangga Man City tapi sebaliknya fokus kepada kemenangan dan tidak kisah kepada Man City menang, seri atau kalah.

Selepas kemenangan 2-3 dengan Man City dalam piala FA... United kembali yakin dalam misi mengejar kejuaran liga...



P/S : Kejuaraan ke 20 bakal menjelma... Glory2 United! :)

BERBATOV bakal ke BAYERN?

BERBATOV


Gergasi Jerman... Bayern Munich di laporkan berminat untuk membida berbatov. Walaupon baru2 ini Sir Alex Ferguson baru sahaja menyatakan bahawa beliau mahu berbatov kekal di Old Trafford untuk beberapa tahun lagi.. tapi itu tidak dapat menghalang Bayern untuk mendapatkan berbatov yang berusia 30tahun. 

Bayern bakal kehilangan Ivica Olic untuk musim perpindahan Januari ini jadi sudah mula untuk mencari pengganti Olic, berbatov merupakan sasaran utama Bayern. Untuk makluman, Berbatov sudah bersama United sejak dari tahun 2008 lagi dan merupakan pengjaring terbanyak liga perdana Inggeris musim lepas seterusnya membantu united menjadi juara liga untuk kali ke 19 mengatasi Liverpool dengan 18 kejuaraan liga. 

 Antara penyebab utama kenapa kemungkinan Berbatov akan menerima tawaran dari Bayern adalah kerana dia hanya bermain 4 perlawanan untuk musim ini walaupon menjaringkan 6 goal bulan lepas. 

Telegraph melaporkan United gagal dalam usaha membida pemain muda berbakat Newcastle RAVEL MORRISON dengan bidaan 500,000 euro.... 

P/S: harap berbatov stay dgn united untuk semusim lagi... SAF d harap kerap turunkan berbatov. coz he is truly scorer! 

Pujian Melambung buat Valencia



Antonio Valencia tidak menjaringkan gol kemenangan United 3-0 pada hari Sabtu lalu, tetapi antarabangsa Ecuador itu sekali lagi menjadi pencetus kepada kemenangan tempoh hari


Sebulan yang lepas, pemain yang berusia 26 tahun ini menyumbang 7 assist yg menakjubkan dan juga mnyumbang gol ketika menentang kelab lama nya iaitu Wigan.


"Saya fikir dia makan motor," Patrice Evra berjenaka selepas prestasi Bolton."Beliau adalah luar biasa.


Michael Carrick berkongsi pendapat itu, bersetuju ia mesti "mengerikan" bagi pertahanan lawan yang cuba menghalang valencia. 


"Dia benar-benar konsisten permainannya pada masa ini. Kami hanya memberinya bola dan dia membawa bola ke kawasan bahaya dan mencipta peluang untuk kita. sangat hebat dia bermain seperti itu." ujar michael carrick lagi....




P/S: GGMU! Valencia antara pembelian yg berbaloi... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...