Monday, January 23, 2012

RIZAL HASHIM MOHON AMPUN KEPADA SULTAN KELANTAN



Akhirnya.. setelah bermacam tekanan dan cacian yang diterima oleh RIZAL HASHIM setelah mengkritik kelewatan SULTAN KELANTAN pada perlawanan menentang PKNS di KB... RH tampil memohon maaf melalui blog nya... Isi kandungan permohonan maaf tersebut seperti di bawah...

Terlebih dahulu saya merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan Kelantan dan kaum kerabat Tuanku jika surat terbuka saya bertajuk Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya disalah tafsir hinggakan ada pihak yang menuduh saya derhaka kepada Tuanku Sultan.

Saya sedikitpun tidak berniat menujukan perenggan itu kepada Tuanku Sultan. Selain menghormati institusi diraja, saya ada kenangan manis dengan Tuanku. Saya bersama tiga lagi sahabat secara peribadi terserempak dan bersalam dengan Tuanku Sultan yang ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, di Hotel Grand Makkah ketika sama-sama menunaikan umrah pada bulan puasa, Oktober 2007.

Sebelum pembaca blog ini melontarkan kata-kata nista, mencaci dan mengugut saya, saya ingin mengajak semua berbincang dengan lapang dada dan minda terbuka tanpa perlu menghasut mana-mana golongan berhubung komentar saya mengenai sepak mula pertemuan Liga Super di antara Kelantan dan Selangor PKNS yang lewat selama 33 minit, 13 Januari lalu.

Impak daripada sepak mula di Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dijadual 8.45 malam tetapi bermula jam 9.18 malam, cukup besar.

Antaranya

1. Pemain terdedah kepada kecederaan sesudah melakukan warm-up

2. Soal airtime. Perlawanan itu disiar secara langsung menerusi saluran berbayar Astro Arena dan tamat pada jam 11.15 malam. Sebenarnya tiada stesen televisyen, sama ada berbayar atau percuma (free-to-air seperti RTM dan TV3, TV9) yang gemar berdepan situasi ini kerana ia membabitkan kos airtime dan rancangan seterusnya. Isunya bukan saya menulis kerana saya ada program di Astro Arena, saya tetap tulis kalau perlawanan disiarkan di RTM...menyatakan fakta bukan satu kesalahan. Setiap pemimpin sukan harus faham isu airtime sebagai satu komponen penting dalam industri sukan. Jika perlawanan antarabangsa, tentu sekali hos penyiar akan diberi ganti rugi mengikut nilai airtime. Ini antara tuntutan dunia profesional.

3. Kelewatan ini menyebabkan sesetengah media cetak arus perdana tidak sempat menyelitkan laporan untuk edisi pertama.

4. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berdepan kemungkinan dikenakan tindakan. Ini berdasarkan pengalaman saya yang kurang arif ini. Pernah menjadi pegawai media selama dua bulan di Wisma FAM, mengurus tuntutan media untuk dua perlawanan besar - Malaysia lawan Chelsea di Stadium Shah Alam dan final Piala Malaysia 2008. Sebelum menyertai FAM, pernah menjadi pegawai media Piala Antara Benua di Stadium Petaling Jaya dan Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Mei 2008, ketika Safee Sali menjaringkan tiga gol menarik sepanjang kejohanan. Kita tidak boleh lari daripada protokol pengelolaan perlawanan, sebab itu semua pegawai maklum ada apa yang digelar sebagai OTP...pengelolaan perlawanan mengikut Organisasi Teknikal Perlawanan.

Ini sekadar hujah yang simplistic dan tidak intelektual daripada saya...

Bersambung...


Itulah ulasan RH... Untuk membaca lebih detail boleh direct ke blog beliau http://rizalhashim.blogspot.com/


P/S: ini kali kedua beliau mohon maaf berkaitan dengan pasukan KELANTAN.... Di harap tidak ada lagi isu yang beliau cetuskan untuk permohonan maaf kali ketiga nanti... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...