Tuesday, January 24, 2012

GAMBARAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD V, KELANTAN ... BAKAL DI BINA DAN BERTARAF ANTARABANGSA



Ini perspective dari dalam stadium. Tempat duduk akan bewarna merah putih,

 seiring dengan warna negeri Kelantan.

Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. 

Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang 

lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan. 

Corporate booth akan turut dibina agar KAFA dapat terus menjana dana dan 

income sendiri. Sebagai contoh, corporate box bewarna kuning di sebelah 

kanan atas gambar merupakan Royal Box untuk Sultan kita. 

Tempat duduk semua adalah individu (ada nombor tempat duduk) dan 

berbumbung.

Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. 

Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan 

levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna 

pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi 

stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. 

Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas 

shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan insya Allah. 

Lagi satu, stadium dah buat molek, bertaraf antarabangsa jadi penonton pun

 kena bertaraf antarabangsa. Jangan melontarkan objek ke dalam padang. 

Tempat duduk dekat dengan padang dalam stadium baru, Kalau pekong botol 

lagi, parok la wei! Jadi mulai sekarang, penyokong semua mula hentikan 

perbuatan melontarkan objek ok?

Kita akan teruskan usaha dan doa. Insya Allah kita akan jayakan usaha ini 

tak lama lagi. Untuk Kelantan kita! Set kito jange pecoh!


-ADMIN PAGE TSAM-


P/S: PENYOKONG TRW KITO MEME PATUT DOH UBAH PERANGAI LAGI PON XRAMAI YANG XMOLEP... BERAPO KERAT JAH... GOMO KELATE GOMO!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...