Monday, January 23, 2012

SWANSEA ALAMI KERUGIAN BERAKSI DI EPL


SWANSEA City telah mendedahkan bahawa kenaikan pangkat mereka ke Liga Perdana Inggeris menyumbang kepada kerugian £ 8.2juta dalam tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mei, 2011.
Swansea menjadi kelab Welsh yang pertama beraksi dalam kancah liga Liga Perdana Inggeris apabila mereka menewaskan Reading di Wembley untuk perebutan tempat terakhir ke Liga Perdana Inggeris.
 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kelab itu berkata, kerugian mencerminkan kos liabiliti yang timbul akibat kenaikan pangkat serta bonus yang diberikan kepada pemain dan pengurusan kelab setelah mereka berjaya mendapat tempat ke liga utama tersebut.


P/S: itulah harga yang perlu dibayar bagi kejayaan....dan kejayaan merentasi rintangan ni akan membuahkan kejayaan demi kejayaan berikutnya... ehem... 4 me... walaupon mengalami kerugian... Swansea membuktikan mereka boleh bersaing dengan team EPL yang sedia ada. Ini terbukti setelah mereka berjaya mengalahkan ARSENAL 3-2 minggu lalu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...